Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
101) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sebab perkhidmatan WIFI Selangorku di 112 lokasi ditamatkan?
Perkhidmatan WiFi Selangorku masih diteruskan untuk digunakan oleh semua rakyat Negeri Selangor, hanya pengendali sedia ada akan bertukar berdasarkan kontrak perjanjian yang akan tamat tempoh.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan semula Program WIFI Percuma di Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) masih meneruskan program WiFi Percuma dengan perkhidmatan WiFi Selangorku serta sedang berusaha menambah baik kawasan liputan hotspot daripada 112 lokasi kepad 2,500 lokasi di seluruh Negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan dalam Projek Penyewaan Peralatan WIFI Selangorku dengan Extol Corporation S/B?
Kerajaan Negeri dengan menggunakan peruntukkan Geran Selangorku daripada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) telah membelanjakan sebanyak RM 2,4487,504.19 sepanjang 2 tahun tempoh kontrak perjanjian.