Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

17) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapa perkhidmatan Wifi Selangorku ditamatkan?

    Perkhidmatan WiFi Selangorku masih diteruskan untuk digunakan oleh semua rakyat Negeri Selangor, hanya pengendali sedia ada akan bertukar berdasarkan kontrak perjanjian yang akan tamat tempoh.

  2. Nyatakan perbelanjaan bagi penyelenggaraan Wifi Selangorku mengikut tahun sejak pelancaran

    Kerajaan Negeri dengan menggunakan peruntukkan Geran Selangorku daripada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) telah membelanjakan sebanyak RM 2,4487,504.19 sepanjang 2 tahun tempoh kontrak perjanjian. Pecahan mengikut tahun adalah seperti jadual di bawah :-

    Tahun Kos Status
    2013 RM 1,027,880.58 Selesai Pembayaran
    2014 RM 1,129,383.83 Selesai Pembayaran
    2015 RM 330,239.78 Belum Dituntut
    Jumlah RM 2,4487,504.19
  3. Nyatakan kriteria pelantikan vendor baru bagi program ini

    Pengendali yang dilantik bagi meneruskan perkhidmatan WiFi Selangorku adalah berdasarkan keupayaan pengendali menyediakan perkhidmatan ini dengan kadar segera. Pengendali yang baru juga perlu merupakan salah satu Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) dan Telekomunikasi yang baik di pasaran. Pelantikan pengendali yang baru ini diuruskan oleh MBI melalui Ketetapan Pekeliling resolusi Ahli Lembaga Pengarah MBI.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.