Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
19) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Perkhidmatan WiFi Selangorku seringkali terputus akibat pertukaran syarikat pembekal perkhidmatan Internet (ISP). Apakah punca masalah ini dan bagaimana masalah ini boleh diatasi?
a) Perkhidmatan WiFi Smart Selangor sering terputus akibat pertukaran syarikat pembekal perkhidmatan Internet (ISP) boleh berlaku jika tempoh kontrak perkhidmatan dengan syarikat tersebut berakhir. Setiap pembekal perkhidmatan Internet (ISP) yang dilantik akan diberi tempoh dalam jangka masa yang telah ditetapkan di dalam kontrak untuk memastikan keberkesanan dan pencapaian perkhidmatan menepati ciri-ciri standard yang di tetapkan. Jika perkhidmatan tidak menepati ciri-ciri standard tersebut, kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan dan diganti dengan syarikat pembekal perkhidmatan internet lain (ISP) untuk memastikan rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan negeri