Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
82) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan boleh membantu pemasangan wifi di Sekolah Vokasional Sg Buloh?
Pihak Kerajaan tiada halangan untuk memasang kemudahan WiFi Smart Selangor di Sekolah Vokasional Sungai Buloh. Walaubagaimanapun, pihak sekolah perlu memberi persetujuan bertulis kepada penyelaras projek WiFi Smart Selangor untuk memohon pemasangan WiFi Smart Selangor di sekolah tersebut tertakluk kepada kemudahan infrastruktur WiFi di kawasan
-
Bilakah kerajaan akan meluaskan pemasangan wifi di sekitar kawasan rumah apartment di Aman Dua?
Kerajaan komited untuk memperluaskan liputan Wifi Smart Selangor secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada tempat-tempat tumpuan orang ramai terutamanya yang terletak di kawasan berpendapatan rendah dan kawasan- kawasan luar bandar, termasuk institusi pengajian tinggi, balai raya, dewan orang ramai, tempat-tempat makan atau medan selera, tempat beribadah dan sebagainya. Bagi kawasan perumahan di sekitar kawasan Apartment Aman Dua, pemasangan Wifi Smart Selangor akan dipertimbangkan sekiranya terdapat lokasi- lokasi yang sesuai mengikut kriteria di