Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

35) WIFI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan maklumat terkini mengenai pelaksanaan WiFi Percuma Selangor.

    Kerajaan Negeri telah meluluskan pelan penyahaktifan 1,470 access points (AP) WiFi Smart Selangor bermula 1 Jun 2024 untuk memberi ruang kepada Smartsel Sdn. Bhd. (SMARTSEL), syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, menilai semula pelaksanaan WiFi Percuma Selangor. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti capaian dan memperluas perkhidmatan ke lebih ramai pengguna.

     

    Melalui kajian ini, cadangan pelaksanaan WSS baharu berkemungkinan akan memberi keutamaan kepada:

     

    1. Peningkatan Kelajuan dan Teknologi

    Menambah baik kelajuan internet di kawasan berimpak tinggi seperti kawasan berpenduduk padat, lokasi sosio-ekonomi, kawasan rekreasi, dan destinasi pelancongan utama di Selangor.

     

    1. Pemilihan Kawasan Berdasarkan Keutamaan

    Setiap DUN mungkin akan dinilai bagi menentukan dua (2) kawasan utama berdasarkan impak terhadap ekonomi digital, pembelajaran dalam talian, dan perkhidmatan tele-kesihatan untuk komuniti setempat.

     

     

    1. Integrasi Modul Pendaftaran

    Melalui aplikasi tunggal Selangor yang bakal dibangunkan, mungkin akan ada sistem token pengesahan akses akan memudahkan pengguna untuk menikmati perkhidmatan WSS, memberikan pengalaman yang lebih lancar dan mesra pengguna.

     

     

     

    1. Platform Laman Muka (Landing Page)

    Model baharu WSS juga melihat kebolehlaksanaan untuk mengintegrasikan laman muka (landing page) dengan platform agensi-agensi terpilih Kerajaan Negeri, bagi meluaskan akses kepada perkhidmatan digital yang lebih meluas bagi penduduk, pelancong, dan peniaga.

     

    1. Capaian di Kawasan Kurang Infrastruktur

    Kawasan tanpa jaringan gentian optik berpontensi untuk mendapat manfaat melalui sambungan rangkaian mudah alih yang stabil, yang mungkin memaksimumkan capaian perkhidmatan digital dan meningkatkan aspek teknikal bagi kemudahan rakyat Selangor.

  2. Apakah cara kerajaan untuk memastikan dan memantau WiFi tersebut berfungsi dengan baik?

    Pada tahun 2023, sebanyak 224,325 pengguna telah mendapat manfaat dari perkhidmatan WiFi Smart Selangor (WSS). Dalam usaha untuk memastikan WSS berfungsi dengan baik, Smartsel Sdn Bhd (SMARTSEL) sedang dalam proses untuk menambah baik aspek teknikal dan capaian perkhidmatan untuk kegunaan rakyat Selangor.

     

    Antara langkah yang telah dilaksanakan untuk memastikan dan memantau WSS berfungsi dengan baik, pihak SMARTSEL telah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

     

    1. Pemantauan Berkala: Melaksanakan pemantauan secara berkala untuk memastikan capaian dan kualiti perkhidmatan.

     

    1. Maklum Balas Pengguna: Kerajaan Negeri menyediakan saluran aduan bagi pengguna melalui emel di wifismartselangor@smartsel.my dan portal aduan di https://selangor.spab.gov.my/

     

    1. Semakan Penggunaan Bulanan: SMARTSEL turut melakukan semakan terhadap data pengguna setiap bulan untuk mengesan sebarang penurunan kualiti atau isu teknikal berdasarkan pola penggunaan.
  3. Berapakah jumlah pengguna yang menggunakan WiFi Selangor dalam setahun?

    Jumlah pengguna yang telah memanfaatkan perkhidmatan WiFi Smart Selangor (WSS) sepanjang tempoh setahun, bagi 1,600 access points (AP) dari Januari hingga Disember 2023, adalah seramai 224,325 orang di seluruh Negeri Selangor. Manakala bagi tempoh dari Januari 2024 sehingga Mei 2024, jumlah pengguna adalah seramai 93,185 bagi 1,600 AP.

Lampiran

Tiada Lampiran.