Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
136) WIFI PERCUMA SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah sasaran pemasangan 2500 hotspot wifi percuma telah tercapai?
Setakat 15hb Oktober 2015, sebanyak 884 jumlah hotspot yang telah siap dan boleh digunakan dan sasaran sebanyak 1,378 jumlah hotspot akan dapat disiapkan sehingga 30hb Oktober 2015. Insya-Allahlah sasaran jumlah pemasangan 2,500 hotspot wifi percuma akan dapat disiapkan sehingga akhir tahun 2015 seperti yang telah dibentangkan dalam bajet
-
Berapakah jumlah kos total yang terlibat?
Jumlah kos keseluruhan yang terlibat adalah sebanyak RM65 juta untuk 2500b wifi hotspot untuk tempoh 5 tahun.
-
Adakah ada kajian dilakukan terhadap keberkesanan sistem wifi ini dari segi keberkesanan jarak jangkauan, kuota, kelajuan dan sebagainya?
Ya, sebelum pemasangan wifi di laksanakan, pihak Kerajaan Negeri bersama- sama pihak pembekal akan melakukan lawatan lokasi terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaian lokasi, keadaan sekeliling lokasi, kemudahan infrastruktur kabel fiber atau copper yang sedia ada untuk memastikan jarak jangkauan dan capaian dan juga untuk memastikan bahawa lokasi tersebut adalah kawasan tumpuan orang ramai sebelum memutuskan untuk pemasangan wifi percuma bagi kawasan