Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
171) WIFI PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah WIFI yang telah dipasang seluruh DUN di Selangor.
Pada tahun 2013, dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku, Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan sebanyak 112 lokasi perkhidmatan internet WiFi untuk rakyat di seluruh negeri Selangor. Program ini dinamakan WiFi Selangorku. Penempatan lokasi ini meliputi kawasan bandar dan luar
Setiap DUN diperuntukkan sebanyak 2 lokasi. Bagi mengenal pasti kawasan- kawasan terpilih, setiap DUN telah diminta untuk mengemukakan cadangan kepada STANDCO Sains, Teknologi dan Inovasi bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.
-
Kenapakah WIFI terlalu kerap mengalami gangguan (tidak berfungsi).
Berdasarkan rumusan Laporan Purata Perkhidmatan Wifi Selangorku sejak diperkenalkan bermula daripada April 2013 – September 2014 adalah seperti di rajah di bawah :
Perkhidmatan tergendala ini disebabkan beberapa faktor di antaranya berpunca daripada :
Kerosakan perkakasan = 35%
Perkakasan seperti “Access Poit”(AP), Switch, POE Adapter, Modem ISP mengalami kerosakan dan gagal berfungsi dengan baik. Kerosakan ini berlaku adalah disebabkan seperti terkena pancaran kilat, arus berlebihan dan faktor cuaca.
Gangguan daripada Sektor ISP = 30%
Talian perkhidmatan internet yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat ISP mengalami gangguan teknikal seperti kabel gentian terputus. Kerosakan pada pancaran antena syarikat ISP menyebabkan keadaan setempat tidak mendapat talian internet.
- Pengguna = 35%
Terdapat beberapa kes gangguan disebabkan oleh pengguna sendiri seperti menutup bekalan kuasa selepas waktu bekerja di pejabat, tersalah pemasangan kedudukan kabel ketika membuat ubahsuai lokasi/pejabat serta ada juga yang mengalihkan peralatan tanpa pengetahuan pihak DUN.
Pada masa kini beberapa usaha sedang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor dengan mengadakan perbincangan bersama pihak penyedia rangkaian internet bagi membolehkan perluasan capaian perkhidmatan internet serta menaiktaraf kemudahan sedia ada ke seluruh negeri Selangor. Hasil perbincangan ini nanti akan di bentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi