Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
7) WIFI PERCUMA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prestasi pelaksanaan program WiFi percuma di seluruh Negeri Selangor?
Sejak Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan program WiFi percuma di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2010. Penggunaannya amat menggalakkan ia bertambah dari masa ke semasa. Penambahan pengguna ini meningkat dengan mendadak apabila kerajaan negeri memperluaskan lagi sebanyak 112 lokasi WiFi di seluruh Negeri Selangor dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku. Jadual di bawah menunjukkan pertambahan penggunaan WiFi percuma di seluruh Negeri Selangor
-
Berapakah kos keseluruhan yang telah dibelanjakan?
Kerajaan Negeri telah menyediakan perkhidmatan WiFi percuma ini bermula pada tahun 2010 secara berperingkat. Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan mengikut syarikat yang telibat adalah seperti jadual berikut.
Tahun 2010 – 2012 Bil Lokasi Kos Setahun Kos Keseluruhan
Syarikat yang Terlibat
1 Dataran Shah Alam RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING Communications Sdn Bhd
2 Kompleks Shah Alam PKNS RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING Communications Sdn Bhd
3 Seksyen 2 Alam Shah RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING Communications Sdn Bhd
4 Seksyen 3 Alam Shah RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING Communications Sdn Bhd
5 Seksyen 9 Alam Shah RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING Communications Sdn Bhd
6 Kuala Kubu Bharu, Hukul Selangor RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING Communications Sdn Bhd
Tahun 2012 7 112 Lokasi (56 DUN x 2 Lokasi) RM 248,741.67 (9.05% drpd 2,747,959.86)
Extol Corporation (M) Sdn Bhd
Jumlah Kos Keseluruhan
RM 572,741,67 -
Bilakah peluasaan program WiFi percuma akan dilaksanakan?
Berikutan penambahan pengguna perkhidmatan WiFi percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri yang telah bermula sejak 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dengan memeperluaskan lagi perkhidmatan WiFi percuma ini ke seluruh Negeri Selangor dengan penambahan sebanyak 112 lokasi di setiap DUN dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku.
Setiap DUN diperuntukkan sebanyak 2 lokasi. Bagi mengenal pasti kawasankawasan terpilih, setiap DUN telah diminta untuk mengemukakan cadangan kepada STANDCO Sains, Teknologi dan Inovasi bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.