Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
144) WIFI PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh mana perkembangan perkhidmatan WIFI percuma di Selangor?
Pada tahun 2013, dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku, Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan lokasi perkhidmatan internet WiFi untuk rakyat negeri Selangor sebanyak 112 lokasi di seluruh Negeri Selangor. Program ini dinamakan WiFi Selangorku. Penempatan lokasi ini meliputi kawasan bandar dan luar
Setiap DUN diperuntukkan sebanyak 2 lokasi. Bagi mengenal pasti kawasan- kawasan terpilih, setiap DUN telah diminta untuk mengemukakan cadangan kepada STANDCO Sains, Teknologi dan Inovasi bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.
-
Berapakah jumlah pengguna yang berjaya akses menggunakan perkhidmatan ini?
Berdasarkan statistik penggunaan WiFi Selangorku ini, penerimaannya disambut baik oleh seluruh rakyat Selangor dengan peningkatan pengguna dari masa ke semasa seperti di
-
Nyatakan syarikat yang menguruskan WIFI percuma di Selangor?
Syarikat yang dilantik untuk menguruskan pemasangan dan penyediaan perkhidmatan internet percuma di bawah program WiFi Selangorku ini adalah Syarikat Extol Corporation (M) Sdn.