Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
250) WIFI PERCUMA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa lokasi WiFi hotspot yang telah dipasang oleh Kerajaan Negeri setakat ini?
Setakat 31 Julai 2015 sejumlah 600 lokasi telah berjaya disiapkan.
-
Adakah kita mampu sampai ke sasaran 2500 hotspot sepertimana yang digariskan di dalam ucapan belanjawan 2015?
Kerja-kerja pemasangan sedang dilaksanakan untuk mencapai sasaran 2500 hotspot sehingga akhir tahun. Berdasarkan pelan kerja pemasangan setakat ini, sasaran akan mampu dicapai.
-
Berapa kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk memberi WiFi percuma ini?
Jumlah kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk memberi WiFi percuma ini untuk pemasangan WiFi hotspot bagi Fasa Pertama ialah RM986,400.00