Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

136) WIFI PERCUMA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa peratus pelaksanaan wifi percuma untuk 2015 yang telah dicapai?

    Perlaksanaan wifi percuma sehingga bulan Disember 2015 telah mencapai sebanyak 76% iaitu bersamaan dengan 1900 lokasi yang telah siap di pasang

  2. Apa faktor-faktor yang menyebabkan pemberian wifi percuma ini tidak boleh dilaksanakan?

    Antara beberapa faktor yang menyebabkan pemberian wifi percuma ini tidak boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    • Mengenalpasti kesesuaian lokasi sama ada lokasi tersebut mempunyai infra kabel fiber optik (bagi perkhidmatan TM) atau mempunyai isyarat liputan telekomunikasi tanpa wayar 3G/4G/LTE (bagi perkhidmatan Celcom)
    • Kemudahan dan kesesuaian untuk pemasangan di lokasi tersebut dari segi tempat pemasangan dan keselamatan alat peranti Access Point (AP)
    • Tempoh untuk mendapatkan persetujuan daripada pemilik premis / bangunan untuk pemasangan Access Point (AP) samaada dari pihak pejabat Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, Agensi-Agensi dan juga pemilik individu
    • Tiada maklumat lengkap individu yang perlu dihubungi untuk membuat temujanji bagi proses lawatan lokasi dan penentuan tempat pemasangan Access Point (AP)
  3. Apakah langkah mengatasinya?

    Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, pihak pembekal telah memulakan inisiatif sendiri dengan membuat lawatan terus ke tapak cadangan untuk mendapatkan maklumat lanjut lokasi-lokasi yang telah dicadangkan serta memberikan cadangan baru lokasi-lokasi lain yang bersesuaian

Lampiran

Tiada Lampiran.