Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

82) WIFI PERCUMA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status perkhidmatan wifi percuma Kerajaan di seluruh Negeri Selangor?

    Perkhidmatan WiFi percuma kerajaan telah siap pemasangan pada penghujung tahun 2015.

  2. Apakah usaha Kerajaan bagi memastikan kemudahan wifi percuma ini berfungsi dengan baik?

    Penambahbaikan yang sedang dilaksanakan adalah untuk memastikan pemasangan hotspot lebih seimbang di seluruh Negeri Selangor melalui pengagihan semula dan penambahan hotspot WiFi Smart Selangor, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar, dengan kelajuan yang lebih memuaskan.

  3. Berapakah jumlah lokasi wifi percuma Selangor mengikut daerah di seluruh Selangor?

    Jumlah Lokasi WiFi Smart Selangor mengikut daerah di seluruh Selangor adalah seperti berikut:

    Daerah Jumlah Hotspot
    Gombak 148
    Hulu Langat 627
    Hulu Selangor 23
    Klang 250
    Kuala Langat 33
    Kuala Selangor 45
    Petaling 1512
    Sabak Bernam 133
    Sepang 210
    JUMLAH 2981

Lampiran

Tiada Lampiran.