Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
171) WEST COST EXPRESWAY (WCE)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan WCE khususnya di kawasan Tg Karang?
Untuk makluman YB, pembinaan mana-mana lebuhraya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Peranan Kerajaan Negeri adalah kelulusan jajaran dan pengambilan balik tanah. Pelaksanaan dan pemantauan kepada kerja-kerja pembangunan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Bagi tajuk soalan YB, Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat maklum bahawa status pembinaan WCE di Seksyen 7 yang melibatkan Assam Jawa – Tanjong Karang masih belum dimuktamadkan dan masih di peringkat Kerajaan Persekutuan sebelum dibawa semula kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan selanjutnya.
-
Nyatakan jumlah aduan yang diterima berkenaan WCE dan tindakan yang diambil.
P
Manakala dari segi aduan, WCE melaporkan bahawa aduan tersebut adalah seperti berikut:
Bil Tarikh Aduan Tindakan Penyelesaian 1. 19 Oktober 2015 Aduan mengenai lencongan yang dibuat di kawasan pembinaan mengelirukan pengguna jalan raya Pembaikan dilakukan pada pelan pengurusan trafik dalam masa 24 jam untuk melancarkan trafik 2. 21 Oktober 2015 Aduan untuk membuka jalan terus ‘direct access’ daripada Taman Rashna ke Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2), di mana sebelum bermula pembinaan lebuhraya pantai barat seksyen 4, terdapat satu ‘illegal access’ ke FHR2. Pihak WCE telah memberi penjelasan kepada pengadu di mana ‘direct access’ ke lebuhraya adalah dilarang 3. 7 Disember 2015 Bantahan penduduk berhubung jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat di Seksyen 7 iaitu dari Assam Jawa ke Tanjong Karang di sepanjang 10km terakhir yang akan melalui beberapa kampung seperti Kg. Dato’ Ahmad Razali, Kg. Sungai Tengi dan Kg. Sungai Gulang-gulang Sesi taklimat serta sesi dialog bersama penduduk telah diadakan bagi memaklumkan kepada penduduk setempat mengenai jajaran WCE 4. 23 Februari 2016 Bantahan penduduk berhubung jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat di Seksyen 7 iaitu dari Assam Jawa ke Tanjong Karang di sepanjang 10km terakhir yang akan melalui beberapa kampung seperti Kg. Dato’ Ahmad Razali, Kg. Sungai Tengi dan Kg. Sungai Gulang-gulang Sesi taklimat serta sesi dialog bersama penduduk telah diadakan sekali lagi bagi memaklumkan kepada penduduk setempat mengenai jajaran WCE. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri. 5. 25 Mei 2016 Aduan mengenai kerosakan rumah (retak di bahagian, jubin lantai rumah) WCE telah membuat lawatan ke rumah tersebut bersama kontraktor kerja dan mendapati kerosakan adalah disebabkan oleh mutu kerja pemasangan jubin dan bukan daripada kerja-kerja pembinaan lebuh raya. 6. 8 Jun 2016 Pertanyaan-pertanyaan yang diterima oleh Pejabat YB. Dr. Xavier Jayakumar berhubung dengan status pelaksanaan projek lebuhraya WCE khususnya berkaitan dengan jajaran lebuhraya yang terlibat, keluasan tanah yang akan diambil dan jumlah pampasan yang akan dibayar Pihak LLM dan WCE telah memberikan taklimat dan penerangan kepada penduduk pada 15 Jun 2016 di Pejabat YB. Dr. Xavier. 7. 17 Ogos 2016 Aduan mengenai kerosakan dinding pagar rumah dan juga keretakan di bahagian tingkap WCE telah membuat lawatan ke rumah tersebut bersama dengan kontraktor kerja dan hasil siasatan menunjukkan keretakan telah wujud sebelum pembinaan bermula hasil daripada rujukan melalui laporan ‘dilapidation’ 8. 27 Disember 2016 Aduan daripada penduduk Taman Rashna di mana kenderaan berat yang melalui kawasan ini telah menyebabkan kerosakan pada rumah mereka dan tiada penyelenggaraan dibuat selepas kerja-kerja pengorekan dilakukan Pihak WCE telah membuat lawatan bersama pihak kontraktor dan mendapati kawasan tersebut bukan berada di dalam kawasan pembinaan WCE