Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

138) WEST COAST EXPRESSWAY (WCE)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kemalangan dan aduan laluan Sekinchan Ð Sabak Bernam pada 2017.

    Hasil semakan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabak Bernam, jumlah kemalangan di laluan Sekinchan Sabak Bernam pada tahun 2017 adalah sebanyak 31 kes dan jumlah aduan pula adalah sebanyak 49. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kemalangan dan aduan yang diterima oleh JKR Sabak Bernam pada tahun 2017:

     

    Perkara Jan Feb Mac April Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
    Kemalangan 10 3 6 1 2 2 2 5
    Aduan 6 11 3 8 5 4 3 2 3 1 2 1
  2. Nyatakan secara terperinci jumlah mesyuarat WCE yang telah dihadiri Kerajaan Negeri.

    Untuk makluman YB, pembinaan mana-mana lebuhraya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan dan pemantauan kepada kerja-kerja pembangunan projek lebuhraya juga adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Oleh yang demikian, mesyuarat yang berkaitan dengan WCE hanya dibincangkan di antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan syarikat konsesi dan tidak melibatkan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai status pembangunan projek lebuhraya ketika dibincangkan di dalam mesyuarat berkala yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani seperti Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Lebuhraya Di Dalam Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.