Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

206) WATER GATE DAN SUNGAI

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Water Gate Langat WTP Raw Water Intake Plant berfungsi secara automatik sekiranya air Sungai Langat naik?

    Water gate atau weir gate (atau pintu bedungan air) Loji Rawatan Air (LRA) Sg Langat dioperasikan secara manual melalui pemantauan paras sungai pada setiap jam. Air Selangor mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Operasi Kawalan Weir Gate berdasarkan paras semasa Sungai Langat.

     

    SOP ini dapat memastikan paras air mencukupi bagi pengoperasian pam air mentah yang seterusnya dapat mengurangkan risiko banjir bermula di bahagian hulu sungai lagi.

Lampiran

Tiada Lampiran.