Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
189) WASTE TO ENERGY JERAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembinaan WTE di Jeram?
Worldwide Holdings Berhad, sebuah anak syarikat sepenuhnya milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ISWMC Jeram yang mempunyai kapasiti untuk memproses dan melupuskan 3,500 tan tan sisa pepejal sehari. Projek ISWMC tersebut akan dilengkapi dengan dua (2) buah loji WTE.
Setakat ini, kajian-kajian yang berkaitan seperti Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) dan Social Impact Assessment (SIA) untuk WTE di Jeram telah pun disiapkan dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan agensi-agensi lain yang berkaitan. Selain itu, pihak pemaju juga telah mengenal pasti teknologi yang akan digunapakai iaitu teknologi insinerator stoker dari Eropah. Di samping itu, Power System Study (PSS) bagi kedua-dua WTE telah diluluskan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Power Purchase Agreement (PPA) dengan pihak TNB dan pihak institusi kewangan yang terlibat berada dalam fasa akhir perlaksanaan. PPA bagi kedua-dua WTE yang terlibat dijangka akan dimenterai dalam suku tahun ketiga dan keempat tahun 2022.
Sementara itu, bagi kerja-kerja pra-pembangunan untuk WTE di Jeram seperti tender Engineering, Procurement, Construction and Commissioning (EPCC) sedang giat dilaksanakan mengikut garis masa projek seperti yang telah dirancang. Tender EPCC tersebut dijangka akan selesai pada hujung bulan Julai 2022 dan permulaan pembinaan bagi WTE di Jeram dijangka akan bermula pada hujung tahun 2022.
-
Apakah jaminan kewangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri atau anak syarikat kepada pembina WTE tersebut?
Tiada jaminan kewangan yang bakal diberi oleh Kerajaan Negeri atau anak syarikat kepada pembina WTE.
-
Berapakah tenaga dalam Kw/h yang dijangka dihasilkan setiap hari di WTE tersebut?
Secara purata sebanyak 1,248,000 kWh yang dijangkakan dihasil setiap hari di WTE, Jeram.