Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

202) WASTE TO ENERGY

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan kerja-kerja pembangunan sistem dan rawatan sisa pepejal menyeluruh menggunakan sistem waste to energy di Jeram Kuala Selangor?

    Seperti umum sedia maklum, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 16/2016 yang diadakan pada 11 Mei 2016 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 17/2016 pada 18 Mei 2016 telah menimbang dan bersetuju anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) menerajui usaha untuk membangunkan dan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) bersebelahan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor yang mana ianya adalah satu sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menyeluruh merangkumi fasiliti atau kemudahan Loji Waste To Energy (WTE). Pada masa ini, pelaksanaannya masih lagi di dalam kerja-kerja pra-pembangunan yang kebanyakannya telah pun selesai. Kerja-kerja berkenaan termasuklah Project Feasibility Study, Power System Study (PSS), Conceptual Design serta pelantikan penasihat teknikal. Untuk kerja-kerja pra-pembangunan yang lain seperti Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), perolehan tanah untuk pelaksanaan projek dan perjanjian konsesi antara Kerajaan Negeri dengan WHB telah berada di peringkat akhir.

  2. Nyatakan pelaksanaan yang telah dilakukan bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar ke atas bekas tapak pelupusan sisa pepejal di Selangor

    Sebuah tapak pelupusan yang tidak ditutup dan diselenggara dengan selamat boleh mengakibatkan kebakaran, pencemaran udara dan pencemaran air yang boleh mencacatkan pemandangan di sesuatu kawasan. Bergantung kepada keadaan semasa tapak, antara kerja-kerja pemuliharaan dan penutupan selamat yang telah dilakukan termasuklah melaksanakan sistem penutupan kekal (capping system), membaikpulih dan pembentukan semula cerun, menyediakan sistem saliran tapak, menyediakan sistem pengumpulan air leachate dan gas tapak, serta melaksanakan kerja-kerja landskap dan penghijauan semula tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.