Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
398) WARGA EMAS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri ada menyediakan inisiatif kepada warga emas yang masih belum memiliki rumah serta tidak layak membuat pinjaman dengan bank atas faktor usia?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada menyediakan inisiatif kepada warga emas yang masih belum memiliki rumah serta tidak layak membuat pinjaman dengan bank atas faktor usia. Walau bagaimanapun, melalui Dasar Ekonomi Penjagaan yang akan diwujudkan kelak, Kerajaan Negeri akan meneliti inisiatif yang boleh membantu mengurangkan beban warga emas.