Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

168) WARGA ASING BERNIAGA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis perniagaan yang paling banyak dikendalikan oleh warga asing di Negeri Selangor ini?

    Jenis perniagaan yang paling banyak dikendalikan oleh warga asing di Negeri Selangor adalah kedai runcit, restoran, pejabat pengurusan, kilang memproses dan kedai perabot.

  2. Apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan persaingan yang adil antara peniaga tempatan dan warga asing?

    Antara langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan persaingan yang adil di antara peniaga tempatan dan warga asing adalah seperti berikut:

    1. Tindakan sitaan ke atas perniagaan tanpa lesen;
    2. Operasi bersepadu oleh Pihak Berkuasa Tempatan bersama-sama agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Imigresen, JPJ, dan Pejabat Tanah Daerah;
    3. Penutupan premis yang menggaji warga asing tanpa permit yang sah; dan
    4. Pembatalan lesen.

    Selain itu, setiap pengusaha kedai runcit hendaklah mengambil warga negara Malaysia sebagai pekerja tidak kurang 30% daripada jumlah pekerja yang ada. Bagi pekerja warga negara asing, pengusaha hendaklah diambil di kalangan warga asing yang memiliki VISA atau permit pekerjaan daripada Jabatan Imigresen Malaysia yang sah. Jika didapati pengusaha premis berlesen yang gagal mematuhi syarat-syarat berkaitan pengambilan pekerja asing ini, lesen perniagaan akan ditarik serta-merta dengan disusuli oleh notis pembatalan lesen perniagaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.