Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

318) WARGA ASING

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengawal kebanjiran warga asing yang semakin ramai terutama di kawasan Selat Klang yang berkemungkinan akan menimbulkan masalah sosial di kawasan Selat Klang?

    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serius berhubung isu kebanjiran warga asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di seluruh Negeri Selangor termasuklah Dun Selat Klang. Di peringkat JIM Negeri Selangor, tindakan penguatkuasaan yang berterusan sentiasa dilaksanakan berdasarkan aduan-aduan awam yang telah diterima bagi menangani isu kebanjiran warga asing ini.

    JIM Negeri Selangor sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong segala tindakan yang diambil oleh Pihak kerajaan Negeri dalam menangani isu kebanjiran warga asing terutama yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Lampiran

Tiada Lampiran.