Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
243) WARGA ASING
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan pekerja warga asing yang dibawa masuk dari pelbagai negara seperti Indonesia, Pakistan, Myanmar, Rohingya, Bangladesh dan lain-lain di DUN Semenyih?
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serius berhubung isu lambakan warga asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di seluruh Negeri Selangor termasuklan DUN Semenyih. Mengikut data, sepanjang tahun 2023 JIM Selangor telah Berjaya melaksanakan sebanyak 16 siri Operasi Pemeriksaan Imigresen daripada 31 aduan yang diterima di kawasan DUN Semenyih. Sejumlah 45 Orang Kena Tangkap (OKT) dengan pecahan warganegara seperti berikut: