Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
177) WARGA ASING
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan warga asing di Selangor?
Berdasarkan maklumbalas PBT kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan warga asing adalah di kawasan yang berhampiran dengan kawasan perindustrian, pembinaan dan pasar-pasar serta pusat membeli belah sewaktu hujung
-
Nyatakan statistik aduan yang diterima berkaitan masalah yang timbul ekoran dari kebanjiran warga asing di Selangor?
Statistik sehingga April 2014 menunjukkan bahawa tiada perbezaan ketara di dalam bilangan aduan yang
-
Apakah tindakan kerajaan untuk menangani masalah ini?
Tindakan yang dijalankan bagi menangani masalah kebanjiran warga asing adalah:-
- PBT dengan usahasama Jabatan Imigresen dan pihak PDRM mengadakan operasi bersepadu;
- Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan oleh anggota Penguatkuasa PBT di kawasan hot spot seperti di kawasan pasar awam, perindustrian dan pembinaan;
- Menambah bilangan anggota penguatkuasa bagi melaksanakan kerja- kerja pengoperasian; dan
Tidak mengeluarkan sebarang lesen atau permit perniagaan kepada warga asing.