Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

123) WARGA ASING

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang bakal Kerajaan Negeri lakukan bagi mengatasi masalah lambakan warga asing ini dari terus berlaku?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Imigresen Negeri Selangor telah menjalankan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi mengekang dan mengawal lambakan warga asing di negara ini khususnya di Negeri Selangor.

    Pemeriksaan ke atas warga asing ini turut melibatkan agensi-agensi yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain lagi. Sebarang ketidakakuran terhadap undang-undang , tindakan penguatkuasaan oleh agensi berkaitan turut dikenakan termasuk pendakwaan di mahkamah mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

    Sepanjang tahun 2019, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah menjalankan operasi sebanyak 937 operasi yang melibatkan pelbagai agensi dalam mengatasi lambakan warga asing dari masa ke semasa. Penguatkuasaan yang berterusan oleh JIM dan agensi-agensi yang berwajib dapat mengurangkan lambakan warga asing terutamanya PATI yang berada di negara ini di samping dapat memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.