Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

144) WARGA ASING

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membendung masalah peniaga warga asing yang menggunakan lesen warga tempatan terutamanya di kawasan DUN Hulu Bernam?

    Pemantauan dan operasi bersepadu bersama dengan jabatan/ agensi penguatkuasaan yang berkaitan akan dilaksanakan dari masa ke semasa untuk mengatasi isu ini. Di samping itu, surat tunjuk sebab akan dikemukakan kepada pemegang lesen jika mereka ddapati menyerahkan lesen perniagaan yang diluluskan diserahkan kepada warga asing. Jika penjelasan yang diterima tidak memuaskan, lesen tersebut akan dibatalkan serta-merta.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu blueprint bagi pemohon lesen perniagaan bagi mengatasi masalah penyalahgunaan lesen berniaga oleh warga asing?

    Bagi mengatasi masalah penyalahgunaan lesen berniaga oleh warga asing, Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 20/2020 bertarikh 3 Jun 2020 yang disahkan oleh MMKN 21/2020 bertarikh 10 Jun 2020 telah menimbang dan bersetuju dengan perkara seperti berikut :

    i) Semua lesen penjaja/ peniaga kecil termasuk lesen perniagaan di premis milik Jabatan/ Agensi/ PBT di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor hendaklah dipertimbangkan kepada warganegara sahaja;

    ii) Tidak mengiktiraf dan tidak membenarkan warga asing sebagai penjaja dan peniaga kecil; dan

    iii) Semua warga asing termasuk berstatus permastautin tetap yang menjadi suami atau isteri kepada warganegara Malaysia adalah tidak layak untuk memohon atau diluluskan lesen penjaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.