Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
221) WANITA DI PERINGKAT PEMBUAT KEPUTUSAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa bilangan terkini Ahli Majlis Wanita di Selangor mengikut parti politik?
Bilangan terkini Ahli Majlis Wanita yang dilantik mengikut perincian seperti berikut;
-
Berapa bilangan penjawat awam wanita di Selangor dan bilangan penjawat awam wanita sebagai pembuat keputusan?
Bilangan penjawat awam wanita di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor ialah seramai 9,398 orang. Manakala bilangan penjawat awam wanita sebagai pembuat keputusan ialah seramai 14 orang daripada jumlah keseluruhan Ketua Jabatan iaitu sebanyak 22.58 peratus.
Penjawat awam wanita sebagai pembuat keputusan terdiri daripada pegawai yang menjawat jawatan Pengarah, Timbalan Pengarah, Setiausaha Bahagian, Ketua Penolong Pengarah dan Ketua Penolong Setiausaha bergred antara 48 hingga 54. -
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan?
Antara strategi Kerajaan Negeri dalam mencapai sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan ialah melaksanakan inisiatif seperti berikut:
1) Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) yang merupakan sebuah program intensif untuk memantapkan kemahiran dan bertindak sebagai ‘paip bakat’ (talent pipeline) untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam lapangan politik dan kerja sosial dalam usaha menjadi pemimpin.
2) Sidang Wanita Negeri Selangor (SIWANIS) merupakan program simulasi Sidang Dewan Negeri Selangor yang mengumpulkan wanita dalam satu platform bagi mengasah serta mencungkil bakat sebagai seorang pemimpin terutamanya di peringkat pembuatan keputusan.
3) Strategi pengarusperdanaan gender yang merupakan satu proses pembangunan yang inklusif dengan mengintegrasikan perspektif gender ke dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian semua pelan, dasar, bajet dan program pentadbiran kerajaan. Strategi ini adalah penting untuk memastikan wanita terlibat secara saksama dalam bidang pilihan mereka dan diiktiraf sebagai penyumbang penting kepada pembangunan negeri.