Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

188) WANITA DAN MASYARAKAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah program PWB telah dilaksanakan di Selangor setakat Oktober 2014?

    Pusat Wanita Berdaya (PWB) telah mengadakan pelbagai aktiviti sejak penubuhannya hingga kini. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan adalah berbentuk berstruktur dan tidak berstruktur bagi memenuhi permintaan wanita- wanita setempat selaras dengan 12 bidang keutamaan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah seperti berikut:-

    BERSTRUKTUR

    (Teori/Syarahan/Pembentangan)

    TIDAK BERSTRUKTUR

    (Praktikal)

    Program Kesihatan Bengkel Masakan
    Program Pengurusan Kewangan Bengkel Kraftangan
    Program Aplikasi ICT Bengkel Jahitan
    Program Kepimpinan  
  2. Berapakah bajet 2015 yang dicadangkan untuk hal ehwal Wanita?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan program-program pembangunan wanita di seluruh Selangor dalam Belanjawan Tahun 2015.

  3. Berapakah peruntukan Negeri telah dibelanjakan untuk Hal Ehwal Wanita di DUN Teratai setakat Oktober 2014?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi melaksanakan program yang memberi manfaat kepada semua golongan wanita di setiap DUN mengikut Walau bagaimanapun, peruntukan kepada PWB DUN

    Teratai tidak disalurkan menggunakan peruntukan Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga kerana PWB di DUN Teratai masih belum mempunyai lokasi yang bersesuaian dan tiada sebarang permohonan peruntukan kepada UPEN. Namun begitu, bagi program lain seperti Mammogram penglibatan DUN Teratai adalah seramai 433 orang sepanjang program ini diadakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.