Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

271) WANITA BERDAYA SAING

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah jawatan pengurusan di dalam Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Negeri yang disandang oleh wanita?

    Kerajaan Negeri secara aktif melibatkan dan mengiktiraf golongan wanita sebagai pembuat keputusan, antaranya dengan melantik mereka ini (wanita) sebagai Ketua Jabatan di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Berdasarkan rekod perjawatan tahun semasa sehingga 13 Mac 2017, terdapat 13 orang atau 22.03% Ketua Jabatan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor terdiri daripada golongan wanita. Butiran lanjut jumlah Ketua Jabatan Wanita di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah sepertimana dalam LAMPIRAN.

    (Sumber jawapan dari Bahagian Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.)

    Manakala sumber dari Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menyatakan bahawa peratusan pencapaian kedudukan kepimpinan wanita di dalam perjawatan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan kumpulan anak- anak syarikatnya adalah sebanyak kira-kira 8% peratus bagi kakitangan wanita kategori pengurusan dan ke atas.

  2. Sejauh manakah Kerajaan Negeri mengangkat wanita sebagai watak utama dalam Pentadbiran Negeri?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka, tidak mengamalkan diskriminasi gender mengambilkira pencapaian prestasi dan pengalaman seseorang individu adalah antara kirteria yang diambil untuk lebih ramai wanita berpeluang untuk dilantik di peringkat pembuat Kerajaan Negeri Selangor juga tidak pernah meminggirkan peranan wanita dalam Pentadbiran Negeri bahkan secara aktif melibatkan golongan wanita sebagai pembuat keputusan antaranya dengan melantik mereka sebagai Ketua Jabatan di 42 jabatan/agensi di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkumi Pentadbiran Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

    Justeru itu, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha bagi meletakkan dasar 30% melantik wanita diperingkat pembuat keputusan atau sebagai watak utama dalam Pentadbiran Negeri, antaranya adalah pelantikan :-

    • Timbalan Speaker Dewan Wanita pertama (2008)
    • Speaker Wanita Pertama (2013)
    • Pegawai Daerah Wanita Pertama
    • Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor
    • Datuk Bandar Wanita
    • Yang diPertua Wanita
    • Ahli Dewan Negeri Wanita
    • Ahli-ahli Majlis Wanita di semua PBT
    • Ketua-ketua Jabatan di peringkat Negeri dan PBT
  3. Adakah terdapat dasar tertentu membolehkan sejumlah peratusan wanita dalam perjawatan tertinggi Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat akan perihal wanita di Selangor. Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih dalam tindakan penelitian terhadap keperluan untuk menyediakan dasar khusus tentang 30% ini digubal oleh Kerajaan Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh akan Agenda Pembangunan Wanita termasuk Dasar Sekurang- kurangnya 30 Peratus Wanita sebagai Pembuat Keputusan Di Dalam Sektor Awam diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2014 sebagai garis panduan dalam melantik mana-mana ketua jabatan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.