Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
230) WANITA BEKERJAYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam menggalakkan penglibatan wanita bekerjaya tanpa menjejaskan tanggungjawab keluarga?
Soalan a dan b dijawab bersekali.
Kerajaan Negeri komited dalam memastikan dan menggalakkan penyertaan wanita secara aktif dalam pembangunan negeri tanpa mengabaikan tanggungjawab keluarga. Melalui Dasar Wanita dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024 – 2026, Matlamat 3 iaitu Merapatkan Jurang Gender di Semua Peringkat dan Aspek Pasaran Buruh, Kerajaan Negeri telah menggariskan beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan dijangka pada suku pertama tahun 2026 iaitu:
1) Pengenalan sistem waktu kerja anjal (flexible working arrangement) di tempat kerja. Satu kajian rintis sedang dijalankan oleh Wanita Berdaya Selangor (WBS) untuk melihat kebolehlaksanaan inisiatif ini. Kerajaan Negeri bercadang agar pelaksanaan fasa pertama dilaksanakan di peringkat anak-anak Syarikat milik Kerajaan Negeri.
2) Pelaksanaan Program Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) yang bertujuan menyediakan latihan dan pembangunan kemahiran bagi wanita dalam pelbagai sektor untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing mereka dalam dunia pekerjaan.
Untuk tahun 2025, AKW akan melaksanakan Modul Kepimpinan Wanita dalam Pentadbiran Awam Kohort 5, yang menyasarkan kakitangan penjawat awam. Para peserta akan menjalani kuliah pengajian, bimbingan secara mentoring dan program pertukaran pelajar bagi mendapatkan pendedahan dan bimbingan yang lebih menyeluruh.
3) Pemberian bantuan seperti Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) iaitu bantuan Yuran TASKA atau Nurseri anak-anak yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan bagi meringankan beban kos pengasuhan. Kerajaan Negeri juga sedang dalam usaha mempergiat lebih banyak inisiatif penjagaan kanak-kanak melalui Jawatankuasa Tetap Ekonomi Penjagaan yang baru diperkenalkan pada penggal ini sebagai aspek sokongan utama wanita bekerjaya.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan khusus untuk sokongan wanita dalam sektor awam?

Apakah inisiatif yang diperkenalkan untuk sektor swasta dalam isu ini?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam usaha memperkasa wanita di semua peringkat pembuatan keputusan. Melalui Matlamat 4 Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024 – 2026 iaitu mempercepatkan penyertaan, perwakilan dan pembuatan keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita.
Antara usaha yang akan giat dijalankan adalah untuk memperkasa kapasiti wanita melalui agenda minimum 30 peratus sebagai pemegang jawatan terutamanya di peringkat negeri dan anak-anak syarikat. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk melaksanakan sesi libat urus bersama kumpulan wanita dalam sektor swasta bagi mendapatkan maklum balas lanjut berkenaan intervensi yang lebih berkesan.
Selain itu, Wanita Berdaya Selangor (WBS) akan melaksanakan HerCareer Convention dan Siri Workshop Career Comeback Program. Kedua-dua inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan pengekalan wanita dalam tenaga kerja dengan memperkenalkan pengaturan kerja yang fleksibel, mempromosikan budaya keseimbangan kerja-hidup dan menggalakkan majikan untuk mengguna pakai dasar mesra keluarga. Kerjasama strategik bakal dimeterai dengan pihak Talent Corporation (TalentCorp) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).