Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

68) WANG RIZAB NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini wang Rizab Negeri.

    Jumlah Kumpulan Wang Disatukan (KWDS) sehingga 31 Disember 2017 berjumlah RM2,838.82 juta. Ia terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1,082.36 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM1,756.46

  2. Nyatakan jumlah perbelanjaan wang Rizab Negeri pada 2017.

    Berikut adalah Hasil dan Perbelanjaan bagi tahun 2017 Jumlah Hasil RM 2,810.10 juta

     

    Belanja Mengurus                 RM 1,586.00 juta

    Belanja Pembangunan         RM 1,631.75 juta Jumlah Belanja                      RM 3,217.75 juta

     

  3. Senaraikan sumber peningkatan wang Rizab Negeri.

    Usaha meningkatkan rizab Negeri dilaksanakan melalui:

    1. Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Hasil dan Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah Negeri Selangor;
    2. Mengkaji sumber Hasil baru Negeri Selangor bersama Jabatan Pemungut Hasil .
    3. Melaksanakan Sesi engagement dengan Jabatan / Agensi berkenaan bagi mendapatkan hasil yang perlu diterima oleh Kerajaan Negeri. (Sesi enggagement bersama Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM), JPPH, PTGS dan PDT);
    4. Melaksanakan Operasi Mengutip Cukai Tanah Tertunggak Ke Atas Penunggak Tegar (Ops. Kutip) PNS bersama PDT;

     

    1. Menggalakkan Program Perjumpaan Bersama Penduduk oleh PDT dan Anak Syarikat / Agensi Kerajaan Negeri Selangor;
    2. Pengiklanan meningkatkan kesedaran bayaran cukai tanah melalui surat khabar oleh PNS. Pada tahun 2018, iklan komersial di saluran TV dan media sosial akan dilaksanakan oleh pihak PTG Selangor; dan
    3. Mengadakan Bengkel dan Sesi Percambahan Fikiran Bersama Pejabat Tanah Galian Selangor dan Pejabat Tanah / Daerah yang memberikan fokus bagi mencari idea dan strategi penyelesaian tunggakan cukai tanah hakmilik
    4. Mewujudkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Kutipan Hasil Premium Tanah 2017 yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri dengan dihadiri oleh semua Pegawai Daerah;
    5. Mengadakan Sesi engagement yang berterusan oleh pihak PTGS dan PTD dengan pihak pemohon dan syarikat sekiranya terdapat isu atau masalah dalam menjelaskan premium yang dikenakan;
    6. Melaksanakan kutipan hasil baru yang bermula pada tahun 2017 iaitu Pajakan Tanah Rizab Kerajaan dan Pemberimilikan Tanah secara Tender Terbuka;
    7. Pengiraan Semula Cukai Tanah (PCT) setiap 10 tahun telah dilaksanakan pada tahun 2017 berdasarkan Kanun Tanah
    8. Task Force Penyelesaian Hakmilik Bermasalah Bertunggakan yang berhadapan dengan isu teknikal tanah oleh PTG Selangor. Task Force ini membuat siasatan bersama PDT bagi menyelesaikannya masalah secara kes demi kes. Laporan penyelesaian hakmilik bermasalah dan pengurangan tunggakan cukai tanah dibentangkan dalam Mesyuarat Pemantauan Hasil Cukai Tanah Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri; dan
    9. Mengadakan Sesi engagement oleh PTGS dan PDT dengan Jabatan Insolvensi / pelikuidasi bagi mendapatkan bayaran kutipan cukai tanah daripada pemaju yang telah

Lampiran

Tiada Lampiran.