Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
182) WANG MARRIS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah wang MARRIS yang diterima Kerajaan Negeri dari 2020-2022?
Jumlah Pemberian Penyenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dari tahun 2020 sehingga 2022 adalah berjumlah RM1.658 bilion, perincian adalah seperti jadual berikut:
Tahun Jumlah Terimaan (RM)
2020 545,260,195.00
2021 545,260,195.00
2022 567,915,400.00
Jumlah (RM)
1,658,435,790.00
-
Nyatakan prestasi perbelanjaan wang MARRIS dari 2020-2022?
Prestasi perbelanjaan wang MARRIS dari tahun 2020 sehingga 2022 adalah seperti jadual berikut:
Tahun Terimaan
(RM)
Perbelanjaan (RM)
Peratus Perbelanjaan (%)
2020 545,260,195.00
436,838,539.67
80.12
2021 545,260,195.00
467,728,181.61
85.78
2022 567,915,400.00
626,481,964.30
110.31