Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
94) WANG MARRIS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah wang MARRIS yang diterima Kerajaan Negeri pada tahun 2016?
Peruntukan MARRIS yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan selaras dengan ketetapan di bawah Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2016 setakat 15 Oktober 2016 adalah sebanyak RM 412,521,584.09.
-
Nyatakan jumlah dan tujuan perbelanjaan wang MARRIS yang telah dibelanjakan sehingga sekarang mengikut PBT?
Peruntukan tersebut digunakan bagi tujuan aktiviti penyelenggaran jalan yang selari dengan skop yang dibenarkan oleh Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Jumlah peruntukan MARRIS yang telah dibelanjakan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan sehingga 15 Oktober 2016 adalah seperti berikut:-
PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERBELANJAAN (RM)
PERATUS (%)
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 40,976,795.77 85 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 45,903,006.63 102 Majlis Perbandaran Klang (MPK) 68,232,649.36 84 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 40,272,251.00 93 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 45,687,950.56 70 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 41,533,117.75 93 Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 29,295,778.54 94 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 36,600,096.42 98 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 11,111,015.77 79 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 16,667,577.80 80 Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 8,799,284.27 49 Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 13,133,118.09 84 JUMLAH KESELURUHAN* 398,212,641.96 86 * Beza dengan jumlah terimaan ditampung menerusi baki terkumpul Kumpulanwang.