Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

190) WANG MARRIS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah wang MARRIS yang diterima Kerajaan Negeri dari 2016-2018?

    Geran Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan oleh Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2016 sehingga 2018 adalah seperti berikut:

     

    Tahun

     

    Terimaan (RM)

    2016 496,900,998.23
    2017 511,808,029.04
    2018

    (Sehingga November)

    482,805,465.43
     

    Jumlah Terkumpul

     

    1,491,514,492.70

     

    Jadual 1: Terimaan MARRIS Negeri Selangor (2016-2018)

     

     

  2. Nyatakan prestasi perbelanjaan wang MARRIS dari 2016-2018.

    Prestasi Perbelanjaan Peruntukan MARRIS dalam tempoh 2016 hingga 2018 adalah seperti jadual berikut:-

    Sebagai makluman, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM1,699,907,533.12 peruntukan MARRIS dalam tempoh tiga (3) tahun mulai 2016 sehingga November 2018. Jumlah perbelanjaan tersebut adalah pada kadar 114% dan melebihi daripada jumlah terimaan sebenar yang direkodkan dalam tempoh berkenaan yang berjumlah RM1,491,514,482.70. Perbezaan berjumlah RM208,393,050.42 atau kira-kira 14% tersebut ditampung menerusi baki Kumpulan Wang MARRIS dari tahun- tahun terdahulu. Peruntukan MARRIS yang diterima ini telah digunakan secara  optimum untuk memastikan jalan-jalan yang berada di bawah tanggungjawab Negeri dilaksanakan penyenggaraan yang sebaiknya dan berada dalam keadaan yang memuaskan. Kerajaan Negeri sentiasa komited dan konsisten dalam usaha menyenggara jalan-jalan Negeri demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.