Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
271) WANG KHAIRAT KEMATIAN COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan program wang khairat kematian COVID-19 memandangkan kes kematian semakin meningkat?
Kerajaan Negeri sentiasa memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat, terutama di kala pandemik Covid-19 sedang melanda negara. Selari dengan hasrat menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat disamping memastikan kelestarian ekonomi terus terpelihara, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Pakej Kita Selangor (PKS) 2.0 pada 9 Jun 2021 yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM551.56 juta. Antara inisiatif yang diperkenalkan pada PKS 2.0 adalah Bantuan Kewangan Kepada Keluarga Pesakit Covid-19 Yang Meninggal Dunia. Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri akan memberi sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,000 untuk setiap pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Selangor. Inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 1,500 penerima ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 juta. Susulan daripada jumlah permohonan yang semakin meningkat, Kerajaan Negeri telah bersetuju bagi menambah peruntukan sebanyak RM1 juta yang akan memberikan manfaat kepada tambahan 1,000 penerima. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban pihak waris dalam pengurusan pengebumian ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19.