Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

230) WANG CAGARAN PROJEK YANG MENGGUNAKAN JALAN JKR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan berhasrat mempermudahkan prosedur kewangan supaya JKR boleh menggunakan wang cagaran untuk membaiki ROW yang rosak tanpa perlu persetujuan pemaju?

    Pihak JKR sememangnya sentiasa mencari penyelesaian terbaik bagi penggunaan wang cagaran dari pihak pemaju untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan (seperti tampalan lubang, pemotongan rumput dan pembersihan longkang) sekiranya pihak pemaju gagal melaksanakannya sendiri. Walaubagaimanapun terdapat kekangan dari segi tatacara bagi mencairkan wang cagaran tersebut.

    Dimaklumkan juga, tatacara pencairan wang cagaran untuk dipermudahkan proses adalah dalam perbincangan dan kemaskini di peringkat JKR Malaysia bagi dilaksanakan dan dimasukkan di dalam Arahan Teknik Jalan (Garis Panduan untuk Memproses Permohonan Pembangunan Tepi Jalan Persekutuan) (ATJ 3/2021) yang terbaru menggantikan ATJ 3/2011 yang terkini.

Lampiran

Tiada Lampiran.