Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
69) WAKIL PEGAWAI RENDAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sering kali mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan lain-lain mesyuarat Khas Daerah Hulu Langat, MPAJ akan menghantar wakil tetapi kenapa wakil yang dihantar hanya seorang Pegawai Rendah yang tidak boleh membuat sebarang keputusan
PEJABAT DAERAH/ TANAH HULU LANGAT
Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat sebagai urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah mengedarkan jemputan kepada semua ketua jabatan/ agensi di daerah termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan terpulang kepada budi bicara ketua jabatan/ agensi untuk hadir atau menghantar wakil.
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Untuk Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah, pihak Majlis Perbandaran Kajang hanya akan menghantar wakil dari kalangan Pengarah atau Penolong Pengarah Kanan sahaja ke mesyuarat tersebut.
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Sebagai makluman, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terlibat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan di dua (2) Daerah iaitu Gombak dan Hulu Langat. Dalam masa yang sama juga Majlis turut mempunyai mesyuarat-mesyuarat dalaman seperti Mesyuarat Jawatankuasa Majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Majlis dan juga Mesyuarat Pengurusan Majlis. Selain itu, Majlis juga terlibat dengan Mesyuarat-Mesyuarat luaran peringkat Negeri dan juga Persekutuan. Justeru, bagi hal ini Majlis perlu membahagikan pegawai-pegawai yang ada mengikut keperluan.
Walau bagaimanapun,menyedari kepentingan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan ini, mesyuarat ini hanya akan dihadiri oleh Jurutera / pegawai A sahaja .