Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

1) WAKIL DALAM LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila beri senarai penuh semua wakil dan anggota dalam Lembaga Pelawat Hospital dan Penasihat Klinik Kesihatan Kerajaan dalam Selangor

    Untuk makluman Y.B., semua Ahli Lembaga Pelawat untuk semua dua belas (12) buah hospital di Selangor telah diluluskan oleh Menteri Kesihatan bagi tempoh mulai 1.1.2019 hingga 31.12.2020.

    [Senarai penuh wakil dan anggota dalam Lembaga Pelawat Hospital dan Penasihat Klinik Kesihatan Kerajaan dalam Selangor telah diberikan terus kepada Y.B. yang bertanya]

  2. Sila nyatakan dari parti atau NGO yang diwakili oleh mereka

    Semua Ahli Lembaga Pelawat Hospital telah diluluskan oleh Menteri Kesihatan. Latar belakang ALP yang dilantik tidak diketahui.

Lampiran

Tiada Lampiran.