Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
92) WABAK DENGGI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penglibatan NGO dengan lebih giat dalam memerangi denggi?
Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan dan melibatkan NGO di dalam aktiviti kawalan Denggi terutama program kawalan dan pencegahan denggi di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Ahli Dewan Negeri. Pihak NGO akan bersama-sama dengan penduduk untuk melaksanakan gotong-royang serta mencari dan memusnah tempat pembiakan aedes. Penglibatan NGO diharapkan akan berterusan agar timbul kesedaran bahawa isu denggi ini tidak hanya diletakkan kepada pihak kerajaan sahaja tetapi ianya merupakan tanggungjawab semua
-
Preaction untuk wabak denggi masih lemah. Apakah langkah baru yang dilakukan Kerajaan Negeri sebagai tambahan langkah sedia ada?
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengawal dan mencegah kes demam denggi dan kes kematian denggi di negeri Selangor. Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM5,000,000.00 untuk menampung perbelanjaan aktiviti kawalan dan pencegahan ini. Hanya negeri Selangor memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menangani denggi berbanding negeri lain di Malaysia. Sebahagian besar peruntukan ini adalah bagi melantik Pest Controller Operator (PCO) bagi membantu kawalan di peringkat PBT iaitu 6 juta. Selain itu, RM1.2juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi pembelian racun serta peralatan dan keperluan dalam melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan. Sebanyak RM560,000.00 disalurkan kepada Ahli Dewan Negeri untuk membantu melaksanakan program pencegahan denggi seperti gotong-royong di kawasan masing-masing. Mesyuarat Tindakan Denggi Daerah telah diperuntukan sebanyak RM350,000.00 mengikut daerah bagi menangani isu berbangkit berkaitan yang boleh menyebabkan pembiakan denggi.
Kes demam Denggi Negeri Selangor dipantau secara konsisten melalui 2 Mesyuarat Tindakan Denggi iaitu:
- Mesyuarat Tindakan Denggi Negeri Selangor yang diadakan setiap 2 minggu bagi membincangkan dan merangka dasar serta melaksanakan program-program kawalan dan pencegahan denggi. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Jabatan di peringkat Negeri; dan
- Mesyuarat Tindakan Denggi Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau wakilnya diadakan setiap minggu bagi membincangkan permasalahan di lokaiti wabak terutama hotspot . Mesyuarat ini akan memutuskan tindakan serta merta di peringkat daerah bagi permasalahan denggi. Mesyuarat ini dihadiri wakil Jabatan di peringkat daerah termasuk Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis dan pihak terlibat langsung dengan isu dibincangkan.
Dalam masa yang sama, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini termasuklah :
- Pelantikan semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan menjadi Pengerusi Denggi Mengikut zon. Ahli Majlis adalah sebagai perantara di antara YB ADN kawasan dengan pimpinan masyarakat setempat serta agensi-agensi pelaksana bagi merancang dan melaksanakan program menghapuskan denggi. Pelantikan ini dapat membantu kawalan dan pencegahan denggi yang boleh dilaksanakan oleh semua pihak secara bersama bagi mengurangkan penularan kawasan wabak di kawasan masing-masing.
- Pelaksanaan OPS Bersepadu Denggi. OPS yang pertama kali diadakan di Daerah Hulu Langat ini mengumpulkan semua PBT bagi membantu pihak MPKJ dan MPAJ dalam melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan di daerah Hulu Langat pada hujung minggu memandangkan berlaku peningkatan kes yang mendadak. Hasil daripada pelaksanaan Ops Bersepadu Denggi selama 2 bulan, kes demam denggi di daerah Hulu Langat menurun dengan signifikan dan sekali gus menunjukkan kejayaan pelaksanaan OPS
- Pelancaran Program Semburan Aerosol Selangor untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penggunaan aerosol di dalam rumah supaya ahli keluarga dapat dilindungi daripada nyamuk Aedes. Program SAS yang dilancarkan pada 26 Februari 2017 telah menunjukkan pengurangan sebanyak 9 lokaliti hotspot di seluruh negeri selepas 1 bulan pelaksanaannya. Ini menunjukkan keberkesanan program yang dijalankan amatlah Selain itu, program SAS ini
turut dipanjangkan kepada semua pengusaha pengangkutan awam di Selangor termasuk pengusaha bas Smart Selangor, bas persiaran, bas sekolah, bas pekerja, bas berhenti-henti serta pemandu teksi untuk tujuan perlindungan yang lebih menyeluruh.
- Penyusunan dan pembahagian lokaliti wabak di Negeri Selangor telah dilaksanakan di peringkat Mesyuarat Tindakan Denggi Daerah masing- masing. Memandangkan terdapat sesetengah lokaliti mempunyai keluasan yang agak besar untuk aktiviti kawalan dan pencegahan. Penyusunan dan pembahagian semula ini bagi memudahkan tindakan lanjut di peringkat PBT dan PKD untuk lebih fokus kawasan wabak yang
- Program Nyamuk Wolbachia oleh Institute of Medical Research (IMR) telah dilaksanakan bermula Mac dan Mei 2017 di AU2, Taman Keramat dan Blok D, Seksyen 7, Shah Alam. Program ini di luaskan kepada lokaliti hotspot yang lain di daerah Petaling iaitu di Seksyen 7 Pusat Komerisal, Shah Alam dan Mentari Court, Petaling Jaya. Laporan keberkesanan pelaksanaan program ini masih belum dibentangkan oleh pihak IMR memandangkan ianya memerlukan tempoh masa yang panjang untuk pemantauan secara
- Melaksanakan Program Terjah Denggi di Kuarters Milik Kerajaan. Kerajaan Negeri amat memandang serius bagi kes Denggi yang berlaku di kuarters Kerajaan kerana melibatkan penjawat awam di Selangor. Lanjutan itu, Kerajaan Negeri telah mengarahkan PBT dan PKD untuk membuat kawalan serta merta apabila menjadi
- Pelaksanaan Pendekatan Ekosistem Kawalan dan Pencegahan Denggi. Pendekatan Ekosistem telah dilaksanakan di beberapa daerah yang mencatatkan kes demam denggi yang tinggi. Setiap PBT dan PKD dibahagikan kepada ekosistem mengikut kawasan ADN, Zon atau Seksyen. Aktiviti pencegahan dan kawalan denggi hendaklah fokus dan akan berubah mengikut kesesuaian geografi kawasan atau
- Pemantauan Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) di kawasan wabak Denggi. Terdapat penemuan berkaitan kegagalan rekabentuk SPAH oleh perunding, kegagalan pemilik untuk menyelenggara dan kurangnya kesedaran awam berkaitan SPAH sehingga menyebabkan berlaku pembiakan aedes di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri telah mengarahkan untuk pihak KPKT melihat semula kriteria pelaksaan. Pada masa yang sama, PBT negeri Selangor diminta memantau perkara ini bagi mengelakkan peningkatan kes yang
- Menggalakkan penglibatan semua rumah ibadat Islam dan selain Islam untuk mengadakan gotong-royong di kawasan masing-masing bagi menjaga dan memastikan premis adalah bebas
- Penyediaan Blueprint Denggi Negeri Selangor yang mempunyai 3 matlamat utama melalui pelaksanaan 4 Program khas dan dikuatkuasakan oleh 4 garis panduan akan dilancarkan pada tahun 2018. Blueprint ini adalah gerak kerja yang dirancang bagi memastikan kes denggi di Selangor berada di tahap
-
Nyatakan statistik perbelanjaan bagi menangani wabak denggi dari 2014-2017.
Statistik perbelanjaan bagi aktiviti kawalan dan pencegahan Denggi di Negeri Selangor mengikut PBT bagi tahun 2014 sehingga 2017 adalah seperti berikut :
PBT PERBELANJAAN (RM) 2014 2015 2016 2017 JUMLAH MBSA 5,283,150.73 5,535,230.67 2,076,150.32 1,988,261.80 15,482,793.52 MBPJ 500,000.00 500,000.00 1,500,000.00 1,500,000.00 4,000,000.00 MPSJ 1,304,000.00 1,456,000.00 1,855,850.00 900,750.00 5,516,600.00 MPK 71,600.00 50,000.00 135,000.00 455,000.00 711,600.00 MPKJ 65,600.00 85,310.00 292,410.00 620,000.00 1,063,320.00 MPAJ 709,198.25 828,363.16 752,523.16 1,038,000.00 3,325,084.57 MPSP 33,175.00 72,050.00 90,500.00 283,000.00 487,725.00 MPS 545,968.00 184,000.00 205,160.00 434,400.00 1,369,528.00 MDKL 102,835.00 91,200.00 118,500.00 292,850.00 605,385.00 MDKS 137,000.00 165,000.00 93,000.00 170,000.00 565,000.00 MDHS 50,000.00 100,000.00 80,000.00 70,000.00 300,000.00 MDSB 44,890.00 40,000.00 20,365.00 179,000.00 284,255.00 JUMLAH 8,847,416.98 9,107,153.83 7,219,458.48 7,931,261.80 33,711,291.09