Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
21) WABAK DENGGI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Setiap tahun denggi merupakan penyakit dan ancaman kepada kesihatan penduduk. Apakah langkah-langkah pencegahan yang telah dilakukan dan usaha baru bagi menangani situasi tersebut?
Antara langkah pencegahan serta usaha yang dibuat bagi menangani situasi tersebut adalah :-
- Memberi penekanan kepada masyarakat serta agensi/ badan yang berkaitan tentang pencegahan jangkitan denggi melalui konsep ‘Kebersihan Setiap Hari, Setiap Masa & Di Mana Jua (“Everyday Cleanliness, Everytime, Everywhere”) .
- Mempromosi serta menggalakkan penubuhan skuad denggi dan pasukan COMBI (‘Communication For Behavioral Impact’) dikalangan persatuan penduduk, agensi kerajaan, agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mempertingkatkan penglibatan masyarakat tempatan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi saperti ‘gotong-royong’, pemeriksaan rumah untuk tempat pembiakan nyamuk Aedes dan pembuangan sampah secara teratur.
- Mempergiat peranan pelajar sebagai “agent of change” di dalam masyarakat melalui aktiviti Program Bebas denggi di sekolah serta Aktiviti Khas Denggi di sekolah-
- Memperkasa peranan/ kesedaran masyarakat melalui pendidikan kesihatan serta penyebaran maklumat di media massa, radio, televesyen serta media social seperti
- Menggalakkan masyarakat untuk melaksanakan tindakan proaktif perlindungan diri seperti menggunakan baju lengan panjang/ seluar panjang semasa berada di luar di waktu puncak jangkitan (awal pagi dan lewat petang) serta memakai “insect repellent” terutama di kawasan berisiko tinggi. Tindakan sebegini mampu mencegah daripada gigitan nyamuk. Bagi aplikasi sendiri di rumah, penggunaan alat sembur nyamuk (aerosol) serta racun pembunuh jentik- jentik adalah amat digalakkan bagi mengurangkan risiko.