Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
180) WABAK DENGGI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik terkini kes denggi di Selangor mengikut umur dan PBT?
Statistik terkini kes denggi di Selangor mengikut umur dan PBT adalah seperti di Lampiran A.
LAMPIRAN A
DAERAH
UMUR(TAHUN) 0-5 6-11 12-17 18-23 24-29 30-35 36-41 42-47 48-53 54-59 60 keatas JUMLAH GOMBAK 379 595 874 840 891 871 519 380 256 181 200 5986 HULU LANGAT 872 1126 1554 1879 1931 1625 1155 767 553 386 377 12225 HULU SELANGOR 44 74 136 136 143 118 94 66 47 22 27 907 KLANG 335 473 850 1038 1111 902 604 431 339 222 274 6579 KUALA LANGAT 36 77 124 152 168 144 98 66 52 38 37 992 KUALA SELANGOR 36 46 86 108 91 102 74 59 41 18 29 690 PETALING 1266 1636 2062 3730 3943 3080 2002 1375 860 624 843 21421 SABAK BERNAM 12 18 45 47 20 36 12 21 14 16 17 258 SEPANG 123 148 195 786 382 278 172 141 90 37 40 2392 JUMLAH 51450 -
Apakah faktor kegagalan kerajaan negeri mengekang wabak denggi?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras dalam menangani isu denggi di Negeri Selangor. Namun, kes denggi di Negeri Selangor masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya walaupun usaha giat membanteras denggi telah mula dijalankan sejak tahun 2013.
Antara cabaran utama denggi di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
- Sikap masyarakat yang tidak endah/ tidak ambil tahu mengenai kebersihan dan keadaan persekitaran rumah kediaman mereka;
- Kurangnya kefahaman masyarakat mengenai kaedah pencegahan demam denggi dan menganggap aktiviti semburan sebagai aktiviti pencegahan demam denggi;
- Sikap masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata;
- Tapak binaan yang tidak diselenggara dengan baik dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes;
- Faktor kepadatan penduduk dan pergerakan populasi yang aktif;
- Masalah komunikasi / interaksi dengan warga asing yang sukar memahami arahan dan peraturan setempat;
- Faktor kecacatan struktur bangunan yang membolehkan takungan air dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat pembiakan denggi;
- Pengurusan sisa pepejal yang tidak mengikut jadual;
- Sifat penyakit denggi yang disebarkan secara ‘transovaril transmission‘;
- Sifat nyamuk aedes yang mudah resistant terhadap sejenis racun apabila terdedah dalam satu tempoh yang lama; dan
- Kekurangan tenaga kerja dan logistik di peringkat PBT dalam menjalankan tugas Pemusnahan Pembiakan Aedes (PPA) di