Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
208) WABAK DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik terkini kes denggi di Selangor?
Jumlah kes yang terkumpul bagi tahun 2016 sehingga 23 Julai 2016 adalah sebanyak 34,212 di mana mencatatkan penurunan sebanyak 11% berbanding tahun 2015 iaitu 38,5244 kes bagi tempoh yang sama. Jumlah kematian pula mencatatkan penurunan sebanyak 43% iaitu hanya 51 kes berbanding 89 kes daripada bilangan kes kematian tahun 2015. Daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak mencatatkan bilangan kes tertinggi. Pecahan bilangan kes mengikut daerah adalah seperti Jadual
DAERAH MINGGU EPID 29/2016
KUMULATIF KES 2016
KUMULUTIF KEMATIAN
PETALING 435 14,4468 20 HULU LANGAT 296 7,094 18 KLANG 117 5,354 6 GOMBAK 155 3,618 2 SEPANG 53 1,235 1 HULU SELANGOR 15 748 2 DAERAH MINGGU EPID 29/2016
KUMULATIF KES 2016
KUMULUTIF KEMATIAN
KUALA LANGAT 20 1,054 1 KUALA SELANGOR 8 440 1 SABAK BERNAM 2 201 0 JUMLAH 1,101 34,212 51 Jadual 2 : Statistik kes Demam Denggi sehingga 23 Julai 2016
-
Nyatakan penambahbaikan yang dilakukan untuk menurunkan jumlah kes denggi?
Penambahbaikan yang dilakukan di peringkat Negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan untuk menurunkan jumlah kes Denggi di Negeri Selangor adalah seperti berikut :
- Mesyuarat Tindakan Denggi peringkat Negeri diadakan setiap dwi mingguan untuk membincangkan masalah Denggi dan dasar-dasar baru yang akan dilaksanakan.
- Mesyuarat Denggi peringkat daerah diadakan pada setiap minggu yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau wakilnya. Mesyuarat ini melibatkan semua agensi di daerah tersebut termasuk PBT, PKD, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), wakil Hospital, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Ahli Majlis dan Penghulu. Mesyuarat ini akan membincangkan kaedah penyelesaian sesuatu isu di kawasan wabak terutama Hotspot dan tindakan segera yang perlu dilakukakan.
- Blueprint Menangani Wabak Denggi sedang dalam peringkat penyediaan dan telah mengenal pasti 8 garis panduan untuk diseragamkan di semua PBT negeri Selangor. Blueprint ini juga akan melibatkan semua Agensi di bawah pentadbiran Negeri Selangor.
- Bagi PBT yang mempunyai kawasan hotspot berpanjangan, beberapa petugas khas Denggi akan ditempatkan di kawasan tersebut bagi mengesan dan mengawal penularan kes. Petugas ini akan melakukan Pemeriksaan Tempat Pembiakan (PTP), fogging dan larvasiding dalam tempoh di tetapkan sehingga tiada kes dicatatkan di kawasan tersebut.
- Menggalakkan penglibatan Ahli Majlis di peringkat PBT dalam melaksanakan aktiviti pencegahan di kawasan masing-masing.
- Melibatkan ADUN dengan memperuntukan sebanyak RM10,000 setiap kawasan bagi menjalankan aktiviti pencegahan di kawasan masing- masing.
- Melantik Pest Controller Operator (PCO) bagi PBT yang berkemampuan untuk membantu melakukan aktiviti kawalan penularan denggi dan menurunkan jumlah kes denggi di kawasan wabak hotspot.
- Menetapkan setiap pemaju perumahan melantik PCO (Pest Control Operator) dan melaporkan tindakan pencegahan yang dijalankan setiap bulan sehingga projek pembangunan siap.
- Taklimat denggi kepada semua pemaju dan syarikat PCO di tapak bina di setiap PBT bagi menerangkan kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya pembiakan jentik-jentik.
- Taklimat kepada kontraktor pembersihan di kawasan sekolah-sekolah dan kawasan PBT bagi menerangkan kawasan yang perlu diambil perhatian semasa membuat pembersihan dan kaedah menghapuskan tempat pembiakan jentik – jentik.
- Mengeluarkan notis pembersihan kepada pemilik tanah persendirian dan premis kotor yang berpotensi berlaku pembiakan jentik-jentik supaya tidak menjadi tempat pembuangan sampah haram dan tempat pembiakan Aedes.
- Tindakan penguatkuasaan ke atas 4 premis seperti tapak bina, Premis Barang Lusuh, tapak semaian serta kawasan komersial sedang digiatkan. Bagi penemuan jentik-jentik di tapak bina, tindakan penutupan selama 2 minggu dikenakan.