Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

148) WABAK DENGGI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kes denggi dan kematian pada tahun 2017 berbanding dengan tahun 2016 mengikut daerah.

    Laporan Situasi Denggi di Negeri Selangor secara kumulatif bagi tahun 2017 sehingga 21 Oktober 2017 telah merekodkan 40,164 kes, berbanding 45,432 kes pada tahun 2016. Jumlah kes denggi bagi tahun 2017 menunjukkan pengurangan sebanyak 11.6% iaitu pengurangan sebanyak 5,268 kes berbanding tahun

    Kumulatif kes kematian pula mencatatkan sebanyak 59 kes sehingga 21 Oktober 2017 berbanding 68 kes kematian pada tahun 2016, iaitu pengurangan sebanyak 13%. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kes denggi dan kematian bagi tahun 2016 dan 2017 mengikut daerah :

     

     

    DAERAH

    KUMULATIF KES KUMULATIF KEMATIAN
    2017 2016 2017 2016
    Petaling 12,166 18,776 13 24
    Hulu Langat 12,249 10,311 28 22
    Klang 6,780 6,590 5 10
    Gombak 4,898 5,073 7 5
    Sepang 1,656 1,692 1 1
    Kuala Langat 1,123 1,257 1 1

     

     

    DAERAH

    KUMULATIF KES KUMULATIF KEMATIAN
    2017 2016 2017 2016
    Hulu Selangor 662 966 3 3
    Kuala Selangor 469 546 1 2
    Sabak Bernam 161 221 0 0
    JUMLAH 40,164 45,432 59 68
  2. Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri sekiranya terdapat pemaju yang membina struktur seperti SPAH yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor telah membangkitkan isu Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) yang telah menjadi tempat pembiakan denggi semasa Mesyuarat Tindakan Denggi Negeri yang turut dihadiri oleh wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

    Pemeriksaan ke atas 6 kawasan perumahan yang telah diduduki dan belum diduduki di daerah Klang yang mempunyai SPAH telah mengenal pasti kerja- kerja pelaksanaan SPAH yang tidak sempurna dan tidak mematuhi kriteria yang telah ditetapkan serta kekurangan pemantauan semasa pelaksanaan projek yang akhirnya menyebabkan sistem tersebut menjadi sebahagian punca pembiakan nyamuk aedes.

     

    Mesyuarat Tindakan Denggi Negeri juga telah meminta agar KPKT meneliti dan memantau semula pelaksanaan dan penguatkuasaan ke atas semua projek- projek yang melibatkan SPAH terutama di negeri Selangor serta memastikan spesifikasi kerja di dalam SPAH dipatuhi.

     

    Bagi mengelakkan kes denggi daripada meningkat, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sentiasa memantau pemaju-pemaju yang terlibat di dalam pembinaan terutama yang melibatkan SPAH agar mematuhi Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPKT. Sekiranya terdapat pemaju yang didapati mempunyai tempat pembiakan, tindakan penguatkuasaan akan diambil sama ada tindakan penutupan atau tindakan mahkamah tertakluk kepada arahan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.