Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
44) WABAK DEMAM DENGGI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kes demam denggi di Selangor bagi tahun 2021 dan 2022.
Berikut adalah kumulatif kes daftar denggi bagi tahun 2021 dan 2022 mengikut daerah sehingga minggu epid 7/2022 @ 19 Februari 2022.
-
Adakah pengurusan vektor seperti nyamuk Wolbachia terhadap kawalan denggi berkesan di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Sehingga 23 Februari 2022 (ME8/2022), secara keseluruhannya terdapat sejumlah 18 lokaliti (antaranya 8 lokaliti adalah lokaliti kajian penyelidikan di bawah jagaan IMR) pelepasan nyamuk Aedes BerWolbachia telah dilaksanakan melibatkan daerah Gombak dan Petaling. Analisa kes demam denggi menunjukkan, pengurangan kes denggi bagi lokaliti tersebut adalah sebanyak 77.8% dengan pencapaian kekerapan (frekuensi) Wolbachia terakhir adalah dalam julat 22.81 – 100%. Maklumat lanjut mengikut lokaliti boleh rujuk seperti jadual di bawah. Namun begitu, keberkesanan kawalan denggi masih perlu bergantung kepada kelestarian (sustainable) pencapaian kekerapan Wolbachia iaitu melebihi 80%. Sehubungan itu,
komuniti perlu bekerjasama dengan pihak kesihatan untuk memastikan kelestarian pencapaian Wolbachia.