Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
156) WABAK COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengekang tersebarnya COVID-19 khususnya di peringkat Kerajaan Negeri Selangor?
Antara langkah-langkah bagi mengekang tersebarnya COVID-19 khususnya di peringkat Negeri Selangor adalah seperti berikut;
- Menjalankan saringan kesihatan di semua pintu masuk seperti di Pelabuhan Klang, KLIA, KLIA2 dan LTSAS;
- Orang-orang yang bersimptom yang mematuhi definasi kes Person Under Investigataion(PUI) akan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pengesahan kes;
- Memaklumkan kepada orang ramai mengenai tanda-tanda penyakit ini dan segera mendapatkan rawatan;
- Memberi maklumat cara pencegahan kepada orang awam dengan mempraktikkan etika batuk yang betul semasa berada tempat-tempat awam; dan
- Selalu mencuci tangan dengan cecair sanitizer dan menjaga kebersihan persekitaran, berada 3 kaki dari orang yang tidak diketahui status kesihatan atau yang mempunyai gejala
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk membanteras virus tersebut daripada terus merebak kepada rakyat di Selangor.
Tidak diketahui setakat ini.