Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

70) WABAK CHIKUNGUNYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah wabak Chikungunya mula dikesan di negeri ini dan nyatakan sejarah puncanya serta kesan-kesan yang alami oleh pesakit?

    Wabak Chikungunya mula dikesan di Selangor pada bulan Oktober 2008 di Kg Bunga Raya dalam daerah Petaling, Ini di ikuti oleh beberapa wabak kecil di daerah Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Walau bagaimanapun, wabak-wabak tersebut dapat dikawal dalam masa yang singkat. Penyakit Chikungunya disebabkan oleh jangkitan virus Chikungunya yang disebarkan melalui gigitan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang sama yang juga menyebarkan virus denggi. Tanda-tanda utama Chikungunya adalah demam dan sakit sendi yang sangat teruk dan sebahagiannya berpanjangan 3-4 minggu.

     

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani wabak ini serta jumlah kes di daerah-daerah yang terlibat?

    Langkah-langkah yang diambil adalah serupa dengan langkat yang teral diambil bagi menangani wabak denggi. Sepanjang tahun 2008, sejumlah 566 kes dilaporkan di mana 170 kes dari daerah Petaling, 163 kes dari Hulu Langat, 130 kes dari Sabak Bernam, 69 kes dari Hulu Selangor dan 18 kes dari Klang, 9 kes dari Sepang, 6 kes dari Gombak dan 1 kes dari Kuala Selangor. Tiada kes dilaporkan dari Kuala Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.