Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

113) VOUCHER YANG TIDAK DAPAT DISAMPAIKAN KEPADA PENERIMA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah pemberian voucher yang tidak dapat disampaikan kepada bilangan yang telah disasarkan pada tahun 2021?

    Soalan ini dijawab bersekali dengan soalan no. 112

    Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Kelang, Program Pemberian Bantuan Secara Baucar untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan atau lebih dikenali sebagai Program Jom Shopping Perayaan merupakan program bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri secara tahunan sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi. Impak program ini adalah ianya telah membantu meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut perayaan

    kerana melalui program ini, setiap keluarga yang kurang berkemampuan berpeluang membuat pembelian barangan keperluan bernilai RM100 di pasar raya terpilih bersempena tiga (3) perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Berdasarkan data/ statistik dari tahun 2012 sehingga Oktober 2022, seramai 795,239 orang penerima maanfaat dari kalangan rakyat miskin telah berjaya menerima bantuan ini dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM78,448,400.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Puluh Lapan Juta Empat Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Empat Ratus).

    Berhubung dengan berapakah pemberian voucher yang tidak dapat disampaikan kepada bilangan yang telah disasarkan pada tahun 2021, untuk maklumat Yang Berhormat Hulu Kelang, peruntukan bagi Program Bantuan Baucar Bersempena Perayaan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM8,000,000.00 setahun yang perlu dibahagikan kepada tiga (3) perayaan utama berdasarkan statistik data pengundi mengikut DUN yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Oleh yang demikian, jumlah voucher yang tidak dapat disampaikan atau tidak dibelanjakan adalah seramai 2,601 orang bersamaan dengan RM260,100.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Enam Puluh Ribu Satu Ratus). Perincian perbelanjaan adalah seperti di LAMPIRAN 1 untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.