Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
88) VAN MOBILE SELANGOR BEST
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan tahunan kepada program Van Mobile Selangor BEST yang dilancarkan pada 9 November 2016?
#Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T (Bring Excellcelent Into Society) merupakan sinergi pintar diantara agensi kerajaan iaitu Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melalui peruntukan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan kehidupan Bandar dengan jumlah tajaan RM 1,000,000.00.
PPAS telah menerima sejumlah RM 128,000.00 setahun daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk penyelengaraan empat (4) unit #SmartSelangor Mobile Library Selangor B.E.S.T. PPAS tidak mempunyai sebarang peruntukan khas bagi pembayaran Emolumen lapan (8) orang kakitangan, tetapi PPAS telah menggunakan peruntukan sediada daripada kutipan hasil
- Butiran perbelanjaan mengurus/operasi tahunan mengikut kategori atau kod perbelanjaan adalah sebagaimana berikut:
BIL BUTIRAN PERBELANJAAN SETAHUN (RM) 1. EMOLUMEN (Gaji, Elaun & Bonus)
RM 279,196.00
2. PERBELANJAAN MENGURUS ( 4 Unit SML Selangor B.E.S.T)
(Penyelenggaraan, petrol, tol & pencucian )
RM 128,000.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 407,196.00 - Hakikatnya, perkhidmatan ini mendapat permintaan yang tinggi daripada komuniti kawasan perumahan yang menghadapi kesukaran untuk datang ke perpustakaan, khususnya surirumah ataupun golongan yang tidak mempunyai
- Perkhidmatan #Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T dilengkapi dengan kemudahan WIFI percuma, Komputer riba (laptop) dan multimedia, televisyen, koleksi bahan bacaan dan rujukan tekini, pinjaman dan pemulangan percuma. Kemudahan lain termasuk penyaman udara, bean bag, meja dan kerusi serta motorized awning untuk keselesaan
- Dengan adanya #Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T yang baru, moden, terkini, efektif ,interaktif dan bercirikan mesra pengguna, ianya mampu memenuhi keperluan masyarakat di negeri Selangor sekaligus menyebarkan maklumat terkini kepada penduduk setempat. #Smartselangor Mobile Library- Selangor B.E.S.T ini juga ditambah nilai dari segi perkhidmatan yang disediakan supaya dapat memberi manfaat kepada
- Secara dasarnya, objektif perkhidmatan #Smartselangor Mobile Library-Selangor
B.E.S.T ini adalah bagi memberikan tumpuan kepada masyarakat sebagaimana berikut:
- Meningkatkan sambutan masyarakat kepada pembudayaan membaca dengan kaedah “perpustakaan menemui masyarakat”.
- Memberikan keutamaan kepada kawasan luar bandar, pelajar sekolah rendah dan menengah, suri rumah, warga emas, pesara, petani dan usahawan.
- Membantu masyarakat bagi mempertingkatkan kualiti hidup melalui koleksi pembacaan yang terkini, perkhidmatan multimedia dan internet secara percuma.
- Menjadi tempat alternatif terutamanya kepada golongan remaja dari terlibat dengan gejala sosial. Ini membantu kerajaan Negeri menurunkan kadar jenayah dan gejala
- Menambah nilai kepada pusat sumber sekolah yang masih belum lengkap dan perluasan perkhidmatan ke kawasan perumahan, jabatan kerajaan, pusat-pusat perniagaan dan taman
- Statistik #Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T bagi tahun 2017 adalah sebagaimana berikut:
#SmartSelangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T Mac- Disember 2017
BIL Mula Beroperasi Pada Mac 2017 Keahlian Baru
Pinjaman
Pengunjung
7.1 Smart Mobile Library 1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ) 907
8,271
5,269
7.2 Smart Mobile Library 2 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 679
7,082
3,702
7.3 Smart Mobile Library 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 547
7,088
5,019
7.4 Smart Mobile Library 4 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 472
2,738
1,259
-
Bagaimanakah operasi dan SOP Van Mobile tersebut?
JAWAPAN SOALAN B
- Setiap Van #SmartSelangor Mobile Library ini akan berada di 2 lokasi pada setiap hari dan beroperasi selama 2 jam untuk satu sesi serta diuruskan oleh 2 orang petugas (Seorang Pembantu Perpustakaan dan Seorang Pemandu).
- Waktu Perkhidmatan:
Hari Selasa, Khamis, Sabtu & Ahad Sesi 1 10.00 pagi – 12.00 tengahari Sesi 2 2.00 petang – 4.00 petang - Petugas Van #SmartSelangor Mobile Library bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut :
- Pendaftaran keahlian (percuma)
- Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku (10 buah buku selama 3 minggu.)
- Melaksanakan aktiviti kempen membaca
- Membantu promosi pelbagai program perpustakaan
- Melaksanakan jalinan kerjasama dengan komuniti setempat, agensi serta institusi
- Penambahan koleksi bagi Van #SmartSelangor Mobile Library di buat dari masa ke
-
Mohon menyatakan kawasan-kawasan komuniti yang Van Mobile membuat perkhidmatan hingga kini.
JAWAPAN SOALAN C
Sebanyak Empat (4) unit van #Smartselangor Mobile Library-Selangor E.S.T (Bring Excellcelent Into Society) menjelajah ke pangsapuri kos rendah seluruh Selangor. Van berkenaan akan turun ke pangsapuri yang mempunyai Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau ejen pengurusan yang dilantik Pesuruhjaya Bangunan (COB). Cetusan idea ini selaras gagasan Selangor menuju “Smart State” untuk sentiasa lebih responsif kepada tuntutan moden bagi kemudahan rakyat khususnya komuniti pangsapuri kos rendah. Ia dapat mewujudkan komuniti pangsapuri berilmu dan bertanggungjawab ke arah pembudayaan bersih, ceria dan harmoni, seterusnya membentuk model pangsapuri bestari. Van mobile Selangor BEST merupakan sinergi berkonsepkan strategi laut biru diantara agensi kerajaan.
Lokasi perkhidmatan #SmartSelangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T. telah dipilih berdasarkan kepada tempat tumpuan umum. Secara keseluruhannya, Van Mobile Smart Selangor memberi perkhidmatan perpustakaan kepada 56 lokasi diseluruh Selangor.
Pemilihan lokasi bagi 4 unit #Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T adalah ditentukan oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor sendiri berdasarkan pra tinjauan yang dibuat oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di pangsapuri-pangsapuri kos rendah meliputi kawasan Ampang, Selayang dan Petaling Jaya dan Kajang.
Lokasi perkhidmatan van Smart Mobile Library ini, majoritinya adalah berdasarkan kepada tempat tumpuan umum. Buat masa ini Van Mobile Smart Selangor telah memberi perkhidmatan perpustakaan kepada 58 lokasi dikawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut:-
1. #SmartSelangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T (1) : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)/Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
BIL LOKASI PERKHIDMATAN 1. Desa Mentari Blok 9-10 2. Desa Perangsang A & B 3. Desa Mentari Blok 1-2 4. Sri Tanjung USJ 16/7 5. Apartment Harmoni,Damasara Damai 6. Pangsapuri Damasara Pelangi A,B dan C 7. Desa Mentari Blok 3 dan 7- 8 8. Flat Taman Medan 32, Taman Medan Baru 9. Tembikai dan Pulasan Court Sri Kembangan 10. Sri Cemara Bandar Sri Damansara 11. Anggerik, Taman Suria, Sri Kembangan 12. Garnet Puchong Indah 13. Punchong Permai, Blok F5-F8 14. Pangsapuri Bosnia Sri Kembangan #SmartSelangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T (2): Majlis Perbandaran Selayang (MPS) / Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
BIL LOKASI PERKHIDMATAN 1. Pangsapuri Kenanga, Taman Gombak Permai, Batu Cave 2. Apartment Kos Rendah Bdr Baru Selayang Fasa 2A 3. Flat Samudera, Batu Caves 4. Pangsapuri Kos Rendah (Fasa 1) Taman Tun Teja 5. Tun Teja Fasa 2 (Blok Cempaka dan Blok Delima) 6. Desa Satu Apartment, Kepong 7. Blok A,B,C,D,E &G Apartment Julia, Bandar Baru Selayang 8. Blok F, Apartment Julia Bandar Baru Selayang 9. Blok 1, Pangsapuri Mas Ayu, Bandar Baru Selayang 10. Blok 2, Pangsapuri Mas Ayu, Bandar Baru 11. Apartment Anggerik 12. Apartment Seri Kembangan 13. Pangsapuri Seri Anggerik 3 14. Pangsapuri Seri Bakawali 15. Pangsapuri Batai - #Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T (3): Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
BIL LOKASI PERKHIDMATAN 1. Permai Court 1 2. Pangsapuri Nusa Kurnia, Taman Bukit Pandan 3. Flat 700, Pandan Perdana. 4. Pangsapuri Tulip, Pandan Indah 5. Pangsapuri Inai,Pandan Indah A, B, C & D 6. Pangsapuri Inai,Pandan Indah G & H 7. Merpati B Apartment, Jalan Pandan Indah 6/8, Ampang. 8. Pangsapuri Sri Intan, Ampang. 9. Rumah Pangsa Taman Kosas, Ampang. 10. Blok A5 & A6 Taman Bukit Segar 11. RPKR Taman Cahaya 12. Kelompok Camar Blok A, Taman Permai Jaya 13. Kelompok Camar Blok B, Taman Permai Jaya 14. Pangsapuri Ukay Indah - #SmartSelangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T (4): Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)/Majlis Perbandaran Sepang (MPSP)
BIL LOKASI PERKHIDMATAN 1. Apartment Murah Kajang 2. Pangsapuri Pahlawan 3. Pangsapuri Kenari ABCD Taman Impian 4. Pangsapuri PRIMA Cempaka 5. Pangsapuri RPR & RPM Kemacahaya 6. Pangsapuri Waja 7. Pangsapuri Perdana Kajang 8. Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma 9. Pangsapuri Sua kasih 10. Pangsapuri Teratai 11. Pangsapuri Megah Villa 12. Pangsapuri Cengal Taman Mas Puchong 13. Ruvena Villa 14. Pangsapuri Angsana 15. Pangsapuri Siantan RINGKASAN JAWAPAN:
- #SmartSelangor Mobile Library Selangor B.E.S.T. merupakan sinergi pintar diantara agensi kerajaan iaitu Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melalui peruntukan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan kehidupan Bandar dengan jumlah tajaan RM 1,000,000.00.
- PPAS telah menerima sejumlah RM 128,000.00 setahun daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk penyelengaraan empat (4) unit #SmartSelangor Mobile Library Selangor B.E.S.T. PPAS tidak mempunyai sebarang peruntukan khas bagi pembayaran Emolumen lapan (8) orang kakitangan, tetapi PPAS telah menggunakan peruntukan sediada daripada kutipan hasil
- Butiran perbelanjaan mengurus/operasi tahunan mengikut kategori atau kod perbelanjaan adalah sebagaimana berikut:
BIL BUTIRAN PERBELANJAAN SETAHUN (RM) 1. EMOLUMEN (Gaji, Elaun & Bonus)
RM 279,196.00
2. PERBELANJAAN MENGURUS ( 4 Unit SML Selangor B.E.S.T)
(Penyelenggaraan, petrol, tol & pencucian )
RM 128,000.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 407,196.00 #SmartSelangor Mobile Library Selangor B.E.S.T. memberi manfaat kepada komuniti di 1,346 skim perumahan pangsapuri kos rendah yang meliputi 22,086 unit kediaman dengan anggaran penduduk seramai 1.1 juta. Empat unit #SmartSelangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T. mula beroperasi pada 1 Mac 2017 di pangsapuri-pangsapuri kos rendah meliputi kawasan Ampang, Selayang dan Petaling Jaya dan Kajang, mengikut jadual yang
Setiap Van #SmartSelangor Mobile Library Selangor B.E.S.T ini akan berada di dua (2) lokasi pada setiap hari dan beroperasi selama 2 jam untuk satu sesi serta diuruskan oleh dua (2) orang petugas. Pemilihan lokasi bagi #Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T adalah ditentukan oleh LPHS dan juga berdasarkan pra tinjauan yang dibuat oleh pihak
Lokasi perkhidmatan van Smart Mobile Library ini, majoritinya adalah berdasarkan kepada tempat tumpuan umum. Buat masa ini Van Mobile Smart Selangor telah memberi perkhidmatan perpustakaan kepada 58 lokasi dikawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut:-
VAN Pusat Berkuasa Tempatan (PBT) Jumlah Smart Mobile Library 1
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
14 lokasi
Smart Mobile Library 2
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MDHS)
15 lokasi
Smart Mobile Library 3
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
14 lokasi
Smart Mobile Library 4
Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Majlis Perbandaran Sepang (MPSP)
15 lokasi