Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
56) VAN DRT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakh kos bagi menjalan projek van DRT di Selangor ini?
Kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk penyediaan perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) di Selangor sepanjang tempoh pengujian Proof of Concept (POC) Projek Rintis DRT adalah berdasarkan kos operasi harian berjumlah RM700.00 setiap van.
-
Adakah kerajaan ingin menjemput lebih ramai pemain industri yang telah mendapat lesen APAD?
Sekiranya perkhidmatan DRT dilaksanakan sepenuhnya di Selangor setelah tempoh pengujian POC Projek Rintis DRT tamat, kesemua syarikat-syarikat yang telah diluluskan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan dijemput untuk dipertimbangkan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
-
Berapakah jumlah penumpang yang telah menggunakan van DRT sehingga kini?
Sehingga Jun 2024, jumlah keseluruhan adalah 52,933 pengguna.