Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

167) VAKSINASI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah ramai orang telah menerima vaksin di bawah SelVAX Komuniti, SelVAX Mobile dan SelVAX Remaja setakat bulan Oktober 2021?

    Bagi meningkatkan usaha imunisasi warga Selangor, pengenalan Program Vaksin Selangor (SelVAX) merupakan langkah yang tepat diambil oleh Kerajaan Negeri. Pelaksanaan SelVAX yang membantu mempercepat kadar imunisasi telah membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baharu. Melalui SelVAX, Kerajaan Negeri menyasarkan pemberian vaksin kepada 250,000 individu atau 500,000 dos melalui Program SELVAX Komuniti.

    Sehingga 31 Oktober 2021, jumlah penerima vaksin adalah seperti berikut:

    Bil. SelVAX Jumlah
    1. Komuniti 148,733 orang
    2. Bergerak (Mobile) 13,238 orang
    3, Remaja 1,336 orang
    JUMLAH 163,307 orang
  2. Nyatakan kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri.

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari Rawang (N14) No.247 (b). Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan program Vaksin Selangor (SelVAX) yang bertujuan mempercepatkan usaha ke arah komuniti kelompok dibiayai melalui pinjaman Kerajaan Negeri kepada SELGATE Healthcare Sdn Bhd berjumlah RM200 juta. Jumlah ini adalah bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan pelaksanaan program SELVAX dalam memastikan setiap warga Selangor yang layak mendapat suntikan vaksinasi dan seterusnya memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal.

Lampiran

Tiada Lampiran.