Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
54) VAKSINASI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah Selangor menpunyai kadar vaksinasi populasi yang paling rendah berbanding dengan negeri lain? Apakah sebab sebenar?
Pada masa ini, Selangor di bawah Greater Klang Valley merupakan antara negeri yang tertinggi kadar vaksinasi. Operasi surge up capacity menunjukkan peningkatan pemberian imunisasi di Greater Klang Valley area dan setakat 10 Ogos 2021, sebanyak 75.2% daripada populasi >18 tahun di negeri Selangor yang layak menerima vaksin telah diberi dos 1 vaksin.