Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

129) VAKSINASI ORANG ASLI

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apa langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan semua Orang Asli akan terima dos booster vaksin Covid-19?

    Langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan untuk memastikan semua Orang Asli menerima dos booster COVID 19 melalui aktiviti seperti berikut:

     Promosi berkenaan program immunisasi booster COVID 19 ini dijalankan menerusi ketua-ketua kampung bersama pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dan mendapat sambutan baik oleh masyarakat Orang Asli.
     Pasukan Bergerak Outreach dari setiap pejabat kesihatan daerah di negeri Selangor bekerjasama dengan pihak JKOA di peringkat daerah untuk menjalankan program immunisasi dos penggalak atau booster vaksin Covid-19 ke perkampungan Orang Asli di kawasan masing-masing.
     Pasukan Bergerak Outreach dari pasukan perubatan NGO di bawah penyelarasan PhCorp.
     Pasukan Bergerak Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) juga mengambil bahagian dalam menjayakan program imunisasi dos penggalak kepada Orang Asli di kampung-kampung yang dilawati.

    Jadual dibawah menunjukkan liputan immunisasi dikalangan Orang Asli di Selangor yang telah lengkap Dos 1 dan Dos 2 immunisasi COVID 19. Program akan diteruskan untuk dos penggalak dan kanak-kanak

     

Lampiran

Tiada Lampiran.